Assalamualaikum
Kali ni aku nak cite cikit tentang tips buat pengantin...tips apa?tentulah tips bagaimana membuat persediaan sebelum photoshoot..takkan tips memikat suami kot..hehe...itu bukan kepakaran aku...silap jawab nak nanti mangkuk belanga terbang pulak so baik aku elakkan..so today aku nak story cikit apa yang perlu bakal-bakal pengantin tahu sebelum sesi photoshoot. Ini merupakan perkongsian pengalaman dari job-job aku yang lepas.
Tips ini nampak senang tapi bila korang depan kamera memang susah nak buat...kaku tkaku...hehe
Ok.Sebenarnya photoshoot untuk majlis perkahwinan bagi aku tak perlulah over-over sangat. Seolah-olah anda seperti model majalah pengantin..hehe..biarlah ianya natural dan seronok apabila anda tengok nanti. Namun semua tu terpulang pada bakal pengantin dan jurugambar anda. Tidak ada salahnya. Setiap orang punya citarasa tersendiri... Tips yang aku nak share ni lebih kepada persediaan la..kita tengok ada macam-macam jenis pose atau gaya yang dilakukan. Tapi ikut pada pengalaman aku...tak semua pengantin suka dengan pose yang dikehendaki jurugambar...ada antara mereka suka candid je...ada yang suka gambar senyummmm je...ada yang suka aksi romantik dan sebaliknya..ada jugak yang nak aksi ala2 diva gitu..memang best tengok pose-pose sebegitu dalam majalah atau mana model yang menggayakannya..tapi kalau nak pose camtu memang kena praktis dlu...pinggang kena lembut..hehehe...kena blajar cane posture badan yang betul semasa photoshoot....
Apapun kalau korang agak susah nak lembutkan badan sebaiknya elakkanlah bimbang nanti ada urat yang terseliuh pulak...huhuhu... semua tu terpulang pada citarasa masing-masing..Aspek yang paling penting korang kena pertimbangkan semasa nak buat photoshoot bincang dulu dengan jurugambar teknik atau pose cane yang korang prefer..jangan main belasah jerk..sebab tak semua pose jurugambar tahu...tak sume style dorang boleh buat..setahu aku setiap photographer ada genre dan style masing-masing..better tengok portfolio dorang dan bawak bincang..sebab tu la photography ni banyak genre and style...supaya kita banyak pilihan..janganlah taste ada sukakan ala-ala model atau pose yang direka-reka tetapi memilih photographer yang gunakan teknik photojournalism pada kebanyakkan gambarnya..mesti anda takkan suka nanti...sudah pastilah gambar-gambar nanti lebih kepada bersahaja dan candid...
Tapi sekarang ni ramai photographer yang mahir macam-macam jenis genre. Anda perlu google je...mesti jumpa genre yang anda suka..Macam aku suka kepada yang bersahaja dan romantik-romantik gitu..heheh..apapun aku try je mana yang boleh...sebab banyak lagi kena blajar...tggu la 5 tahun lagi baru ada genre tersendiri kot..hehhe...
So buat bakal-bakal pengantin sebelum photoshoot ingat ye amik tahu sikit-sikit tentang pose yang anda telah bincangkan bersama photographer masing-masing supaya tak jadi salah faham nanti. Apa yang korang nak tak dapat..pastikan anda berikan satu arahan khas kepada photpgrapher taste yang anda suka..sebab cam aku cakap tadi setiap photog ada ilmu dan batasan dari segi kemahiran masing-masing. Tentukan style atau taste yang mana satu menjadi kesukaan. Supaya photographer dapat buat persediaan sebelum sesi photoshoot. Apapun Lepas berbincang try la tengok-tengok majalah or google je lagi senang. Tips ni untuk memudahkan sesi photoshoot anda...kalau korang da biasa photoshoot xpela...sure senang nak pose...kalau korang malu nak photoshoot depan orang ramai better cari tempat yang agak takde orang ramai..sebab tulah perbincangan amat penting....Sekian.
Adi
Event Photographer
017 54 94 988
adiputragraphy@yahoo.com

1 comments:
nak terus melihat entry2 kamu..tapi terpaksa berulangkali stop music autoplay dlm blog kamu..menyebabkan mood nk bc blog tu terus hilang...anyway ur artwork is awesome...
Post a Comment