Assalamualaikum
Yeah!!Dapat jadi krew untuk event ni. Bestnyee...
Ce cite...ce cite....
Entri untuk kali ni agak jauh melencong dari dunia fotografi perkahwinan..ye ianya memang xde kaitan langsung..hehe tapi ianya masih ada kaitan dengan salah satu genre in photography iaitu nature/landscape photography. Kali ni aku nak ajak semua visitors blog ni datang ke Raptor Watch Week di PNB Ilham Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan iaitu pada 11 sehingga 13 Mac ni.
Apa ek Raptor Watch (RW)?
Raptor Watch ialah acara yang dianjurkan oleh Persatuan Pencinta Alam Malaysia bagi memberi peluang kepada mereka yang berminat untuk melihat migrasi burung spesis ni ke Malaysia..Burung ni akan berkampung di sekitar Tanjung Tuan pada kadar tempoh yang tertentu sebelum meneruskan perjalanan ke negara-negara lain dan berakhir di Hemisfera Utara dimana tempat asal atau kampung asal burung-burung ni bertelur dan membiak. Dianggarkan nanti sekitar 73000 ekor burung spesis ni akan berada di kawasan Tanjung Tuan.
So untuk sesiapa yang sukakan burung atau seorang pencinta alam bolehlah datang mengikut tarikh dan lokasi seperti diatas. Bukan selalukan...aku suka sangat nak join ni sebab dulu aku pernah tinggal di kawasan yang setiap tahunnya akan ada migrasi burung ni. Disebabkan selama ni aku just banyak tengok dari jauh je orang-orang yang menjalankan aktiviti seperti ni buat kerja so kali ni aku buat keputusan untuk turut sama menjadi salah seorang yang akan menjayakan acara RW ni. Wuuuuuuuu bestnyee...nanti dapat FREE T-Shirt lg. Best2.
Walaupun 11 n 12 tu aku tak dapat join sebab ada job di Terengganu tapi demi RW lepas je shoot terus aku gerak ke N9 untuk menjalankan tugas sepanjang hari terakhir RW ni iaitu pada 13 Mac nanti....aku diberi tugas menjadi marshal bagi acara Amazing Race. Jom join!!
So untuk korang yang xde aktiviti atau minat dengan aktiviti seperti ni boleh la join sesame.. FREE je semua aktiviti sepanjang RW ni..macam-macam games ada..untuk maklumat lanjut bolehlah tekan kat sini .
Untuk sesape yang ada SLR denga telephoto tu silalah berkunjung memang ada takkan menyesal beli mahal-mahal gadget korang yang panjang berdepa-depa tu (jeles2..) hehe....
Untuk family memang sesuai sangat bawak anak-anak datang tengok burung-burung ni. Elok untuk memberi pendedahan kepada generasi muda mudi tentang alam sekitar dan habitat-habitat serta spesis burung yang jarang boleh kita tengok ni. So please grab this opportunity.
Maya Karin pun ada...inner shine la tu...weeeeeeee
See u there!!!

0 comments:
Post a Comment