Warning!!! Best viewed using Safari/Mozilla

Tuesday, March 22, 2011

Kenapa "photographer" agak mahal sekarang ni?

Assalamualaikum

Sekarang ni bila tengok dalam tv banyak dah program yang mengetengahkan dunia fotografi..banyak la jugak muka-muka yang aku kenal atau pernah lihat hasil kerja dorang ni...tahniah kepada mereka yang terpilih untuk mengisi slot-slot tersebut. Best kn kalau dapat peluang camtu. Tapi bukan senang nk sampai tahap boleh masuk dalam rancangan tv ni...itu da dikira sebagai otai da tu..hehe..tapi post kali ni aku nak cite la serba sedikit tentang situasi semasa "photographer" di Malaysia dan memberi sedikit info kepada pembaca semua termasuk la yang minat fotografi, yang cr side income dengan bidang ni, yang nak cari photographer tuk majlis ke, or sesape je yang ingin tahu kerjaya sebgai jurugambar atau dengan lebih tepat lagi jurugambar perkahwinan.

Menurut kajian, terdapat sekitar 50 ribu jurugambar di Malaysia pada masa sekarang. Populasi ni meliputi semua bidang yang berkaitan fotografi. Iklan, Fesyen, Hiburan, Perkahwinan dan macam-macam cabang lagi. Sewaktu aku pergi kursus fotografi bersama salah seorang jurugambar tersohor di Malaysia ni, sambil borak-borak ni aku tertarik dengan satu kenyataan beliau...."semua orang mampu jadi jurugambar, tapi tak semua yang mampu jadi jurugambar yang bagus"...memang betul cakap beliau. Katanya jurugambar di Malaysia ni seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan..apa maksud beliau lu pk la sendri..hehe...aku tak berani nak komen lebih-lebih nanti adalah yang tak suka kang..lagipun sape la aku ni nak komen tentang dunia fotografi cuma sekadar berkongsi cerita.

Kenapa mahal ek?

1. Bakat
Di Malaysia ada macam-macam jenis jurugambar, macam aku jurugambar kampung je..aku amik job kecik-kecik je...shoot pun orang "kecik-kecik" je...kenapa?sebab bakat aku pun masih kecik lagi..xsesuai nak demand-demand sangat..OK...melalui bakatlah kenapa harga fotografi agak mahal...bakat yang dimiliki oleh seseorang jurugambar akan mempengaruhi hasil atau output yang bakal anda dapat nanti. Sepanjang pemerhatian aku range harge kat Malaysia bermula dari rm500 sehingga rm8000 untuk liputan majlis perkahwinan. Output adalah berbeza. Tapi yang paling penting anda lihat dulu portfolio sebelum membuat tempahan.Ingat!!kalau korang demand untuk gambar yang marvelous so ketahuilah jugak sebenarnya anda diperlukan untuk invest demi mendapat hasil yang anda demand itu..jgnlah demand terlampau tinggi sedangkan bajet anda rendah.Yang paling penting berilah kerjasama yang sebaik mungkin sepanjang anda bersama dengan photographer anda...Percayalah jugak setiap photographer akan memberi sesuatu yang terbaekk utk majlis rasmi anda mengikut kemampuan beliau berpadanan dengan investment yang telah anda buat.Amin.

2. Kamera
Bab paling best ni...kemana-mana je aku pegi shoot mesti jumpa orang bawak kamera..sampaikan ada jgk bwk SLR lagi mantap dari photographer. Fuhhh...masuk la ceruk kampung ke...kat bandar jangan la...sampaikan terasa macam shoot artis pun ada...coz ramai sangat photographernye..hehe apapun semua tu terpulang pada masing-masing...minat,hobi dan keinginan untuk tahu dunia fotografi menarik minat untuk dorang dapatkan SLR untuk diri sendri...OK...bagi mereka yang menjalankan perniagaan fotografi pulak harga pakej yang dikenakan kepada pelanggan diambil kira jugak dari gadget yang digunakan. Kalau mahal slr so mahal la harga pakej. Tapi tak semestinya macam  tu la..coz ada yang letak harga murah even pakai slr mahal. Maybe sebab dia buat bisnes ni sebagai side income jerk..so xperlu mahal-mahal. Bertuahlah anda kalau jumpa photographer yang macam ni. Tapi slr yang mahal belum tentu output jugak "mahal" so sebagai langkah berhati-hati usha-usha lah dulu portfolio depa-depa ni dlu nu...

3. Part time ke full time
Mostly photog di Malaysia buat bisnes ni secara sambilan. Macam aku ni. hehe...so kalau photog yang buat full time tu dorang perlu la letak harga tinggi sedikit memandangkan banyak kos-kos sampingan yang dorang kena tanggung..nak bayar sewa kedai, nak beli material..nak maintain modal...nak beli lampin anak...nak repair kete BMW (hehe).....so kiranya banyak la kos-kos yang perlu dorang cover...so korang janganlah terkejut atau rasa nak tarik rambut coz marah dengan harga pakej dorang ni...kalau bernasib baik dapatlah korang jumpa photog yang murah dan servis ok..tapi selalunya photog camni hangat di pasaran.lambat book ckit melepas la..i

Actually banyak lagi yang perlu korang tahu kenapa harga pakej mahal tapi aku nak cite part-part yang penting je..sebab-sebab lain macam material album, kos selepas servis, job bermusim, susutnilai kamera, tambahbaik alatan sedia ada, kos pengangkutan, tahap pelajaran, team or single photographer, level professionalism,  dan macam-macam lagilah.. Diharapkan apa yang aku share ni sedikit sebanyak dapat membantu korang yang sedang mencari photographer tu dan faham dengan apa yang akan/telah anda  bayarkan, dan dapat menukar persepsi korang terhadap kerjaya sebagai photographer ni.

Thanks kerana sudi membaca :)

Adi
Event Photographer
017 54 94 988
adiputragraphy@yahoo.com
Facebook Group : adiputragraphy


PLACE YOUR URL

You Follow Me?I Follow You

 
 
Copyright © adiputragraphy
Blogger Theme by BloggerThemes

online counter